Friday, February 3, 2017

5 days in China

Hello ! I'm back ! Actually blog yang lama2 tu dah padam because i look so wempit back then HAHAHAHA !! SIAPA TAK RAJIN NAK BACA BOLEH TTUP AWAL2 .So harini nak cerita pasal travel to China last year masa bulan 6 kot tak silap. And paling epic sekali bulan tu adalah bulan puasa :') But dengan hati yang kuat nak jugak merasa travel time puasa, so we go.

Kitorang pergi 4 orang. Aku, kakak aku (25 y/o) , cousin aku (sebaya ) and ada lagi sorang, yuyul (boleh cakap mandarin sikit2) umur 21. Boleh dikatakan semua ni otak masuk air, but we're going to survive in China for a week. Masa bagitau makcik2 yg kitorang nak pergi China , diorang semua cam "eiii buat apa. dahlah China tu one of dangerous country" Down gak ah semangat bila orang semua dok cakap "tak payahlah" apa semua. Pdahal ticket flight and hotel semua dah booked. Duit dah banyak keluar. Tapi kitorang teruskan jugak ! Cousin aku Biela ,dia yang tolong settlekan semua including booked flight ticket, hotel, food and blablabla kat sana 2 months before. So one week before pergi , aku call ayah. Nak bagitau yang lagi seminggu aku nak pergi China nii. Kau bayangkan ! Lagi seminggu beb. Klau bapak aku tak kasi tak ke melayang duit aku? hahahahaha. Actually dia bagi je travel but not China kot. and tak ada orang dewasa yg ikut lagi la dia marah. Aku suruh kakak aku cakap dengan dia but akak aku ni jenis kelam kabut sikit and kalau dia yg ckp mesti ayah aku tak bagi. Hahahaha. So biar aku je yg bagitau. Aku pun dah siap susun dialog , nak ckp camne nanti and call time mood dia tengah okay. So....

Me : Hello ayah? Buat ape tuuuuu? Kerja ke harini?
Ayah : Aah tengah kerja ni. Kenapa?
*silent for 30 seconds*
Me : emm adik dengan ika(kakak aku) nak pergi China next week. Hari Sabtu.
Ayah : Dengan siapa? Berapa hari?
Me :Dengan biela, yuyul, ika je. 4 orang. 5 hari je
Ayah : hmmmmmmmmm
Me : Adik dah booked ticket flight and hotel dah. Cuma tinggal nak bgtau ayah je heheheee
Ayah : Okay , pergilah.

Aku cam"OH EM GEEEEEEEEEEE DIA TAK MARAH SIOT HAHAHAHA. So 3 days before pergi tu, aku balik Gemas ambil baju semua , and siap2 hantar barang hostel sekali. Fyi, hari aku pergi tu sama dengan hari untuk daftar sem 7and class start on Monday actually tapi tak pergi nyehnyeh.
Mcm nak mati gak ah hantar barang banyak gila kat hostel turun naik lift dengan rushing apa semua. Fuhhhhh. Lepas dah humban barang kat hostel, mama and ayah dropped by aku kat rumah Biela, sambung kemas barang. Then mama dia masuk bilik pastu bagi banyak gilaaaaa foods macam kitorang sebulan kat sana. Pastu siap bagi duit spare 100 dollar mana tau kalau apa2 nanti. Hahaha. Just to make sure anak2 buah dia ni tak kebulur kat China nanti. Well that's why i'm so grateful dpt family mcm ni hikhokk.



Day 1
Pagi2 dah bangun siap2 and tengahari mcm tu terus straight to KLIA 2. Flight pkul 4 petang to Johor sebab kitorang transit kat Johor. Then Johor to Guangzhou. Masa kat Johor tu before naik flight dah siap2 berbuka so 5 hours dlm flight tido jela. So naik flight pkul 10 mlm tepat. Time dah dlm flight i was like "eiii tak ada melayu pun" yelaaa siapa je nak travel time puasa2 ni joyah oiii. Then sampai pkul 4 pagi mcm tu . Masa nak lalu kat counter check passport tu, ada la mamat dua org kat belakang kitorang ni. Dia cam terkejut gak ah tengok awek2 ni nak pergi mana bwk barang banyak gilaa do hahaha. Yela mana taknya , sorang satu bwk bagpack pastu bawak lagi pulak luggage 15kg yang besar gila tuu hahahhahaa. Perempuan kan. Sediakan payung sebelum hujan haha. Borak2 dengan dia, rupanya diorang stay Guangzhou je. Kitorang pun cam ohh kkk gerak luuu. Sbb kitorang stay Shenzhen dlu , hari ketiga baru stay Guangzhou. So aku pun pergi la merayau kat dlm flight tu cari air panas sebab nak masak maggie for sahur. Done sahur. Tidur kejap kat seat for 2 hours before pkul 7pagi sebab tunggu diorang punya train. Train dia mcm ala2 lrt gituuu.

Maka bermula lah detik2 yang mmg fucked up gila hahhaa nasib baik puasaaa. Pergi beli tiket train, masa turn kitorang tu, cousin aku si biela ni pun ckp la "4 ticket to Shenzhen please" dengan tetiba takde ribut takde angin minah counter tu jeling sambil bebel sorang2. Dia tunjuk total kat screen cmputer. Screen tu mcm customer je boleh tengok. Dia nak bagitau total tapi masalahnya screen tu gelap. sebab rosak ke ape tah. Then kitorang pun cam "haaa? what? sorry how much?" dia ketuk2 screen tu marah2 and mcm nk ckp "eyy bongok, tengok la kat screen tu", then kitorang ckp "nooooo. we cannot see anything la bodo" hahahaha. pastu dia pusing kan screen tu tapi mcm hentak2 la. satu benda yang best dduk kat China ni is boleh maki orang dlm bahasa kita HAHAHA. Lepas dia tunjuk total . dah bayar semua kitorang chau.

Smpai Shenzhen , nak cari teksi tapi tak jumpa. Yang ada cuma kereta yang mcm sewa tu. Orang biasa yang bawak. Discuss harga , dia charged 70 yuan. MAHAL GILA. pastu dia bagi discount, dpt la 60 yuan. Padahal kalau naik teksi pergi kat hotel kitorang tu, bru 30yuan !! Masa tu tak tau, bengap lagi. Hishhhhhh terbang duit. 1 yuan = 0.62 sen duit malaysia. Dia murah sikit dari duit Malaysia. Sampai je hotel , YA ALLAH BERSYUKUR GILAAA WEIIIII. AKHIRNYAAAAAA. Pergi lobby dia sebab nak ambil kad bilik. tunjuk kat dia resit payment dari handphone yang Biela screenshot masa booked hotel tu. Orang tu check2 dlm buku dia . Then tetiba dia ckp "NO". HAAAA APA YANG NO ? Diorang ni kan tak boleh ckp english , bila jadi mcm ni SUSAH GILA weii nak communicate.Dia tak faham kitorang ckp apa, kitorang pun tak faham dia ckp apa. Pastu yuyul pun explain la kat dia sikit2 dlm bahasa mandarin. Then dia ckp dia takde terima sebarang booking from Nurnabilah dari Agoda. Maksudnya kitorang takde booked pun kat dia. Agoda tak inform pun kat dia. Time tu teruk gilaaa bertekak dengan orang tuu. Lama. dlm 1 jam lebih. Sampai tak larat dah nk explain apa. Dahlah phone takde internet. Tak boleh call. Tak boleh google. Nak nangis dah time tu. So kitorang relax jap. bukak wechat (sbb wechat je yg berfungsi kat china) hahahha. Nasib baik cousin aku Yuyul ni ada add mak dia kat wechat. Dia try call guna wechat, mak dia angkat. Dia pun explain kat mak dia satu2. Mak dia cepat2 call Agoda, Agoda kata mmg salah diorang. So dia akan return balik duit dlm acc. Habis tu yang hotel ni mcm mana? Yesss. Byar sendiri beb. Bayar untuk 2 mlm. Dlm 300 lebih yuan. Nak taknak terpaksa la kan. Ohh ya, nama hotel tu Muslim hotel. Tapi tak rupa muslim langsung. Mamat yg jaga counter yg kitorang bergaduh tu, non-muslim. Dah nama Muslim hotel kau respect la sikit yg muslim ni. Ini tak. Siap makan depan kitorang dengan muka annoying dia tuuuuu. Sabar jela. Masuk je bilik, indah khabar dari rupa. Dlm Agoda bukan main cantik hotel dia,sekali dapat, katil keras, bilik air busuk, bilik sempit, iron rosak, tv rosak. Geleng kepala je mampu. Kitorang pun letak bag, tukar baju and tidur. Tidur daripada pkul 2ptg smpai 6.30 sebab penat sangat ! Bangun2 je, Biela sediakan makanan for berbuka.


Day 2
Bangun pagi je terus siap2 nak keluar (takdelah pagi punnn) Ambil bas pergi bandar dia. Bas dia banyak sangat sampai tak tau nak naik yang mana hahaha. So kitorang pergi mall, Cari baju, bag, mcm2 la. Seriously mall dia jauh beza dengan mall Malaysia. Shopping mall dia tak best langsung hahahha. Tak tau la mungkin ada mall yang lain. Then pergi kedai2 yang jual mcm2. Tapi barang dia murah2. Kena pandai deal la. Haa ni hakak nk bagi tips sikit kalau shopping kat sana, kalau korang dah pegang barang yg korang minat tu, buat2 tanya harga. kalau dia bagi mahal, korang bla je terus. Padahal tak bla betul2 pun. Nanti dia akan panggil kau balik and suruh korg letak harga yg korang nak. Boleh dikatakan semua kedai mcm tu. Tapi kau jangan lelebih pulak, wallet kulit tu kalau kau mintak 10 yuan , aku tumbuk muka kau. Means, letak la harga yang berpatutan dengan barang.






Dah penat jalan, kitorang pun balik.Masa tunggu bas tu, asyik salah naik bas je. Lama gilaaaa tunggu bas. Hampir 2 jam lebih. Sampai la naik satu bas ni , yuyul tanya dia dlm bahasa mandarin , "ni bas nak pergi hotel muslim ke?" Dengan rudenya, pakcik tu jawab "kau cakap apa ni? Ayat pun tunggang terbalik. Pergi cari bas lain la. Tepi sikit orang belakang nak masuk" Dia tempik kitorang kat situ. Cibet punya atuk ! Semua orang tengok pulak tu :( Bila dah lama sangat tunggu bas,aku dengan yuyul dengan muka tak malunya, tanya orang yang ada dekat situ. kebetulan ada cafe mcm starbucks mcm tu. Ada tiga orang mamat ni tengah dduk kat satu meja. Aku dengan nurul pergi la kat dia nak tanya. Mula2 tiga ekor tu taknak layan. dia buat tak tau je. Menyirap gilaaaaaaaa. pastu salah sorang tu jawab mcm nak taknak je. Redha je time tu. Tunggu lagi kat bas stop tu. Sampai la ada satu bas ni, kitorang nak tanya. Driver tu cakap dia tak tau hotel tu kat mana. Dengan kecewa nya, turun dari bas. Then tetiba ada sorang passenger ni panggil suruh naik balik. Perempuan. Dia kata kitorang naik bas yang betul lalu kat hotel tu. Time tu mmg bersyukur sangat2 rasa nak nangis terharu ada orang nak tolong. Sebab mostly semua malas nak layan kau sbb kau org luar. Prempuan tu ada pegang anak. Dia tanya "awak semua dari malaysia ke?" Aah dari Malaysia. Then dia ckp husband dia, ayah kepada budak tu orang Mlaysia. Cina malaysia, kerja kat Penang. So i was like "Ooooooooooooooooooooooooooooooo"

Day 3
Lepas sahur je terus kemas barang. Nak gerak pergi Guangzhou pulak. So naik train smpai guangzhou. dalam 2 hours kot. Then dlm train ada jumpa sorang kawan huhuu. Perjalanan to Guangzhou ni berjalan smooth je. Tak ada masalah pun mcm kat shenzhen





Sampai hotel kat Guangzhou kitorang cam wowwwww ni ke hotel dia? 10 kali ganda better than Shenzhen. Service pun baik. Layan orang elok2. Train pun dekat. Sebelah hotel je. Boleh dikatakan 80% orang kat Guangzhou ni baik. Masa kitorang nak berbuka kat luar tu, tak tau jalan. tanya mcm2 jenis orang. SEMUA MMG BAIK GILAAA. Siap tolong google kan nama restoran yg kitorang nk pergi tu. Last2 tak jumpa kedai yg dicari. Kitorang makan je kat restoran muslim yg lain. Padahal restoran yg kitorang cari tu, tak jauh pun dari hotel ! Cuma tak perasan . Jalan jauh kemain. So petang tu jalan2 jap shopping lagi hehe. sebab murah2 brg kat sana. Masa nak pergi ke satu tempat, tempat dia ni lebih kurang ala2 bangi sentral version buruk kot HAHAHAHHA JAHAT GILA AKU. Nak pergi kesana from hotel ada gak la 30 min jalan kaki. Kitorang ingat dekat je rupanya ya ampunnnn macam nak meletup tulang lutut jalan kaki. Sebab bila panggil teksi je, semua teksi akan ckp dekat je, jalan depan sikit dah smpai. Kepala hotak dia dekat. jauh nak matii kot. Sebenarnya teksi dia malas nak masuk kawasan tu sebab crowded sangat. Plus orang2 kat sana mmg dah biasa jalan kaki. rutin harian kot pergi mana2 jalan kaki wlaupun jauh gilaaaa. Diorang dah biasa exercise. Sampai kat kitorang "wehhh izinkan aku berbuka untuk harini je" . pastu yang period nak pergi beli air pulak, orang yang puasa ni siap warning "kau jangan nak mengada2 eh minum air wlaupun kau tak puasa. kitorang yang puasa ni tak kuat iman." HAHAHAHAHAHAHAH

 DAY 4

Macam biasa, bangun sahur. Tak lain tak bukan, biela yang prepare.Yang lain terbongkang kat katil. Oh lupa nak bgtau, dlm bag luggage 15kg tu ada rice cooker, air kotak 2 packet. 10 jenis lauk from Brahim's yang instant tu. Rendang,nasi lemak,nasi arab,nasi goreng kampung,sambal,mcm2 la. Dia just panaskan je packet tu and korg dah boleh makan mcm biasa. Senang. Tak tau cuba google. Haha. At the end banyak tak habis sebab banyak sangat .

So day 4 ni, hmm okay2 la. Kitorang keluar pagi sebab nak tukar duit.Tapi malangnya, semua bank ttup. dahlah jauh gila jalan kaki nak cari bank. Ada satu bank ni, dia taknak duit Malaysia tau. Dia ckp tak laku. Gilaa ah. Sampai tak laku duit Malaysia kat China ni. Mcm2 bank cari , Last2 terjumpa ada satu bangunan ni, boleh tukar duit. Tapi still taknak duit Mlaysia. Then baru teringat yg makcik aku ada bagi duit 100 dollar kat biela buat spare part. Kitorang pun apa lagi. Tukar 100 tu semua. Sebab duit memang dah kering. Banyak sangat shopping. Hhahaha. 1 dollar = 6.88yuan .Bila dah convert duit, fuhhhh rasa mcm orang kaya China jap. Masing2 shopping tak ingat dunia. Ada satu kedai ni , staff dia baik and friendly gilaaa. siap nak ambik gambar lagi :p





Aku ada beli satu air Gongcha ni tau. Flavor Matcha Cheese Ya Allah sedap gila babengggggg. Bila minum, rasa cheese dia yang cair tu dalam mulut. Kat Malaysia belum ada lagi tak silap. Klau ada, aku org pertama yg beratur hahaha



So mlm tu prepare barang nak balik Malaysia, Kemas2 semua, dahlah tak muat banyak gilaaa barang. tapi sumbat jee. Pkul 8 mlm mcm tu kitorang keluar and naik train smpai airport. Flight pkul 11 kot. Smpai je Johor, terus tidur dlm surau sementara nak tunggu flight to KL. Penat gilaaa but i've learned something which is belajar berdikari kat negara orang without any internet, contact, and tour guide. Hahaha. Tak menyesal pun wlapun ada experience yang teruk but it was fun actually. Okay that's all for today. Ada masa lagi nanti aku update experience in Australia pulak hehe bye thank you guys sudi baca smpai habis wlaupun hambar!

No comments:

Post a Comment